Welcome to my blog peeps . Enjoy your reading

Wednesday, 24 December 2014

Pengalaman first time belajar kereta and test jpj 2014

Assalamualaikum w.b.t Hello guys. Fuh berhabuk blog takyah cerita lah weh memang dah lama tak update cerita dekat blog. Busy lah *gesek gesek kaki* hahaha so less than a week we'll be entering 2015 and SAYA SUDAH 20! Time flies so fast. Okay title blog hari ni aku nak cerita pasal the first time aku belajar drive and test jpj to help lepasan spm feel the mood to learn how to drive kan? Al maklum lah ramai yang nak amik lesen lepas spm tak macam shayewww. Dah 19 baru nak amik but pls amik lesen masa lepas spm. Once you guys dah start masuk U memang babai lesen. Busy nakharam *language girl ala ala Naddy Sushi* mohon jangan bash saya. Hahaha okay. Aku daftar lesen kereta masa bulan 4 2014 masa aku cuti sem 2. Haa lambat kan? Mampos kena pressure dengan mama sebab dari aku lepas spm dia dah suruh aku amik tapi aku pandai tangguh tangguh hmm...... menyusahkan diri sendiri. Lepas dah daftar aku kena dengar ceramah tapi takyah amik ujian komputer sebab.. Jeng Jeng sebab saya sudah ada lesen motor. I mean lesen dah habis P kot. So takyah susahkan diri nak amik balik ujian komputer tu ye kalau dah ada lesen P motor. Tapi kalau belum amik, sila amik. Kang tak keluar lesen L kereta ko. Hehehe lepas ceramah tu, aku dah start belajar kereta, tapi sekali je. Sebabnya cuti sem aku dah nak habis masa tu. So sempat belajar sekali je. Okay masa first time belajar butterflies sampai haa tak boleh nak tidur ko tahu? Huwaaa seksa nya sebab i enjoyed my sleeping time. Shit. Hahaha pagi tu pukul 9 aku dah tunggu dekat sekolah memandu tu. Lebih kurang dalam 9.30 cikgu yang nak ajar aku drive pun datang. Seram sebab muka pakcik tu garang kot. Lepas bagi salam aku masuk kereta, rupa rupanya Cik Arip (cikgu driving) ni gatai ghupenye. Bayangkan first time drive dia dah bawak dekat jalan jalan kecik dekat Ijok tu. Mampos mampos. Lepas dia briefing sikit, dia suruh aku drive. Aku pun start kereta, betulkan side mirror dengan cermin pandang belakang. Aku tekan clutch and break, masuk gear, lepas sesikit haa jalan pun kereta. Power gak en? Memang aku rasa paling noob dekat situ. Kereta mati mati masa dekat simpang sebab yelah first time belajar. Cik Arip tu kata lah first time belajar mana nak pandai. Tapi dia kata aku okay lah dari student dia yang lain. Aku belajar kereta sejam je pastu dia kata dah boleh balik. YEHOOOOO!!!! Dan aku pun balik ke kampus. Dah start sem 3.

4 months later......

Hahaha dah habis sem 3, masa tu dah akhir bulan 10. So aku nekad lah nak habis kan lesen. Dah berbulan tangguh.... Hish membuak buak nak lesen tau... Sebab aku tak nak susahkan mama and encik boyfriend asyik nak hangkut aku ke hulu hilir. Aku pun pergi lah sekolah memandu tu balik nak schedule balik hari apa nak belajar kereta. So Kak Ina pun schedule kan aku belajar kereta seminggu sekali JE. Agak nya dia ingat aku dah terer sangat bawak kereta. Aku pun iye kan jelah. Jumpa balik Cik Arip tu.... Mak aih aku ingat dia nak coach aku dekat ijok je, Ghupenya dia dah hangkut aku ke Sg Yu. Tempat trek semua tu. Allah, cuakzzzzzzzz level 723647236817!!!!! Cik Arip pun tunjukkan cane nak naik bukit semua jadah tu. Tapi syllabus baru ada selekoh Z dengan S. And guess what ada RPK and RSM. RPK stands for Rutin Pemeriksaan Kenderaan and RSM pulak stands for Rutin Sebelum Memandu. RPK and RSM ni wajib. Kalau korang tak lepas RPK and RSM tak boleh nak ujian trek dengan jalan raya langsung. Haa takut en heeee. Takpe nanti cikgu korang ajar lah. First time bawak dekat trek was the most horrible thang I ever had in my life. Cedih tau cikgu memandu korang memarah. Jangan nervous kalau tengah drive nanti semua benda tak jadi. Macam saye :(((((((( Trauma aku nak belajar kereta lagi tapi nekad gak sebab second time belajar kereta encik boyfriend yang hantar heee. Sebab kan encik boyfriend hantar, belajar kereta pun seems easy and kurang mati mati kereta. Improvement!!!! YES!!!! Minggu ke 3 bawak kereta, Kak Ina tetiba cakap aku kena pergi kursus KPP02 haaaa sebabkan syllabus baru. Pergh lepas tu kalau tak pergi KPP02 tak boleh test jpj. THIS IS SO MEAN HUAAAA!!!!! Aku pun turutkan jelah pergi KPP02 tu. KPP02 ni more to outdoors. Kau kena terpacak dekat dekat trek. Dah habis KPP02 i made new friends, Syida and Rizqin. Dua dua bawah aku, and awkward thing is dorang berdua panggil aku akak. Pheuwwww hahah dah habis tu aku pun balik and get ready for the last class sebab aku dah nak sem 4 dah, Tapi Cik Arip tak boleh ajar sebab abang dia meninggal. So aku pun balik ke Seri Iskandar sebab sem baru dah mula. Before tu, dah schedule dengan Kak Ina nak belajar 3 kali lagi masa aku cuti 2 minggu nanti. So off we go to Seri Iskandar.


2 weeks later....

Balik ke rumah je hari Khamis tu, aku dah prepare diri sendiri 3 kali belajar. Tapi Kak Ina cakap aku belajar 2 kali je. Means sekali belajar and sekali QTI. Sebab Cik Arip balik kampung kemain. Heh perasan tak aku belum belajar jalan raya? Haa memang aku belajar jalanraya sekali je haritu. Focus dekat trek je. Memang driving skills aku improve a lot! Langsung tak mati enjin. Huaaaa bangga dengan diri sendiri. Selasa tu aku QTI and Rabu tu aku test jpj. Haaa hebat en? Masa QTI aku dengan cikgu Ah Chuan. Dia tu pernah ajar aku masa aku amik lesen motor dulu. Memang muka ketat seketat ketatnya. Cuakzzzzzz masa QTI tu dia suruh aku drive jalanraya memang kena tegur banyak kali.. Hm saya belajar sekali je tapi i'm glad dia tegur. Dah habis QTI jalanraya aku buat RPK and RSM. Dah habis semua tu aku buat trek 3 kali sebab dah nyirap tunggu abang ni buat trek 73287347384 kali heh hahaha. Dah habis semua tu aku pun balik dengan encik boyfriend. Yay esok jpj


ESOKNYA.........

Pelik nya malam tadi sebab selalunya kalau aku nak test jpj aku mesti nervous. Tapi malam tadi aku elok je tidur. Bangun pagi pun senang. Hahaha petanda baik tu. Lepas mandi mandi semua, satu family hantar aku pergi test jpj dekat Sg Yu. Wahhh semangat en? Dah sampai, aku nampak Rizqin dekat dalam kereta. Lepas tu text lah Rizqin 'Awak jom daftar sesama?' 'Okay.' Dah keluar kereta pastu daftar lah sesama. Rizqin daftar dulu dia dapat no 46. So aku expect aku dapat lebih kurang dengan Rizqin. Lepas daftar, akak kaunter tu bagi no giliran. Tahu tak aku dapat no berapa? NO 1!!!!!! Hamagad nervous breakdown tapi aku still cool lagi. Boleh gegelak lagi semua. Adakah petanda bagus ni? Hahaha dah bagi ic dengan lesen L dekat jpj, lepas tu kiteorang pun duduk dekat bangku tepi pondok jpj tu. Chuolz bayangkan apa perasaan jadi orang first? Meninggal lah nakk. Haa first thing nak buat kena buat RPK. Jpj dah panggil mcm ayam jantan 'NO 1?!!!!' 'SAYA!!!' Pergi ke tepi pondok ada kereta. Aku pun buat lah RPK. Dah lah dapat JPJ perempuan. Cemuih jaa tengok muka dia. Lepas habis aku amik lah borang semua hantar dekat jpj atas bukit tu. Sambil tu aku sempat lah tengok borang aku. Hamboi dia tick 3 kesalahan. Mak aih banyak tu. Nak kena lulus 58/70. Dekat RPK je dah kena 19/22. Hm shit. Lepas tu bagi borang dekat jpj dekat atas bukit tu. Handsome je senyum dia. Huwaaa hehehe tapi satu dugaan datang sebelum test trek. Tapak tangan aku luka teruk sebab aku bukak minyak brek masa RPK tadi. Ya Allah pedihnya subhanallah. Nak nangis tapi akak sebelah bagi tisu and air suruh basuh luka. Aku pun genggam je tisu sampai turn aku kena panggil. Dah buat RSM semua, aku pun bismillah sebelum naik bukit. Dah lah tangan tak boleh nak genggam stereng bebetul :( hmmm dugaan. Aku pun naik bukit, pappp tekan clutch dengan brek tapi jpj tu kata tak masuk lagi. Aku pun turun balik and naik balik pappp tekan clutch dengan brek YAYYYY MASUK! Lepas sebut no semua, dia suruh jalan. Berdebar debar sebab kereta aku dapat tu dah lah seteruk teruk alam. Handbreak dah nak tercabut. Alhamdulillah lepas semua ujian trek. Lulus satu bahagian. Sekarang nak tunggu jalanraya. Rizqin dah buat jalanraya dulu. Dia pun lulus. Alhamdulillah. Pukul 1.45 mcm tu Cik Majid panggil no giliran aku, suruh masuk kereta no 3. Kereta viva baru. Bayangkan aku belajar drive pakai kereta kancil buruk, test trek pun sama, tetiba test jalanraya dapat kereta baru fuhhh rezeki. Masuk kereta je aku bagi salam dekat pakcik jpj. Memang rezeki aku dapat jpj baik, dia beborak semua. Dah sampai simpang nak keluar dari sekolah memandu dia tanya 'Kau ni dah lama bawak kereta ke dik?' Aku pun jawab 'Saya baru belajar sebulan je' pastu dia kata aku tipu. Lepas simpang tu, dia bawak aku lalu jalan aku tatau. Selalu nya aku kena naik jalan besar tapi dia kata sebab aku bawak kereta elok dia bagi jalan shortcut. Tak sampai 5 minit, aku dah sampai balik ke sekolah memandu tu. Lepas lalu roundabout kecik, dah selesai test jpj. Dia kata lepas ni dah ada lesen, bawak hati hati. Aku pun tanda tangan borang tu and aku tengok markah aku 68/70. Haa hamek. Hahaha dah habis test jpj aku pun termenung sambil makan dekat kedai makan dekat dengan trek moto. Rezeki aku lepas test jpj sekali try je. So nasihat aku, seteruk teruk korang drive cayelah ada orang lagi teruk dari kau and jangan nervous sebab nervous will kill you haaa. GOODLUCK FOR THOSE YANG NAK AMBIL LESEN. YOU CAN DO IT! CHAIYOKKK